Sunday, 14 July 2013

Dapur Lynda : Pau sambal

Assalamualaikum semua....

Okay harini nk share sikit resepi Pau Sambal yg lynda buat aritu. memandangkan ramai yg mintak resepi so update kt blog lagi senang kan. Sebenarnye adunan utk buat "doh" ni sama mcm kalau nk buat donut. Cuma bezanya ni letak inti sambal ikan bilis.

nahh resepi!

Bahan-bahan: (utk hidangan 6-7 biji pau)

1 cawan tepung gandum
1 sudu yis (tak kisah brand ape tapi lynda guna yg peket kecik warna kuning "Mauri Pan yis")
1/2 cwn air suam2 kuku
1 sudu susu pekat
1 sudu marjerin
Secubit garam (sikit je taw nnt masin pulak)

Cara-cara:
1. Mula2 bancuh yis tu dgn setengah cwn air suam. Than biarkan seketika.

2. Gaul tepung gandum, susu pekat, marjerin dan garam sampai tak berketul2. (guna tgn lagi puas kot tapi pastikan tgn betul2 bersih taw)

3. lepas tu masukkan bancuhan yis tu dan uli tepung smp jadi "doh".

4. Biarkan doh dalam 30 minit. Nanti die akan naik 2x ganda. Kalau boleh tutup bekas tu dgn kain bersih.

5. Lepas tu, uli balik "doh" tu dalam 15 minit tapi sapu sikit tepung kt tgn. Sebelum tu tabur tepung gandum kt atas dulang utk letak "doh2" kecil nnt. Buat "doh" kecil2 ikut la besar mane yg suka. Buat sampai habis dan susun atas dulang.

6. Then, amik "doh" ikut turutan dari awal td dan letak sambal ikut bnyak mane yg suka.

7. Cara nk letak tu leperkan "doh" tu lepastu letak sambal kt tengah2. Then tarik keliling tu dan kuncupkan balik. jangan letak terlampau bnyak sambal takut nnt "bocor". contoh mcm kt gmb bwh ni.


8.Buat sampai habis. Kemudian panaskan minyak dalam kuali. Goreng terus pau tadi sampai kuning keemas-emasan. Pastikan api sederhana je utk pastikan bahagian dalam masak dan luar tak gelap sgt.

9.SIAP!! Senang je kan.. yg sambal ikan bilis tu pandai buat kan.kalau blh buat pedas2 sikit br sedap. hehe. So, sape2 yg nk sgt resepi tu buat ptg ni jgk taw!! hehe.

p/s: "doh" ni jgk boleh buat donut. kalau nk jadikan donut, bentukkan "doh" ikut kesukaan sendiri.lepastu nnt lepas goreng, golekkan dengan gula halus. tadaaa.

ni contoh yg dh siap goreng. tp gelap sikit sbb terbiar lama dlm kuali..hehe

SELAMAT MENCUBA! 
^.*

6 comments:

  1. Assalamualaikum akk...ari tu sy ade tgk akk buat laksa penang...akk blh share x cmne nk buat kuah laksa tu??

    ReplyDelete
  2. Da try.. Mmg jadi.. Lembut n gebus sgt u olllllsssss...

    ReplyDelete