Showing posts with label linda roslan. Show all posts
Showing posts with label linda roslan. Show all posts

Sunday, 14 July 2013

Dapur Lynda : Pau sambal

Assalamualaikum semua....

Okay harini nk share sikit resepi Pau Sambal yg lynda buat aritu. memandangkan ramai yg mintak resepi so update kt blog lagi senang kan. Sebenarnye adunan utk buat "doh" ni sama mcm kalau nk buat donut. Cuma bezanya ni letak inti sambal ikan bilis.

nahh resepi!

Bahan-bahan: (utk hidangan 6-7 biji pau)

1 cawan tepung gandum
1 sudu yis (tak kisah brand ape tapi lynda guna yg peket kecik warna kuning "Mauri Pan yis")
1/2 cwn air suam2 kuku
1 sudu susu pekat
1 sudu marjerin
Secubit garam (sikit je taw nnt masin pulak)

Cara-cara:
1. Mula2 bancuh yis tu dgn setengah cwn air suam. Than biarkan seketika.

2. Gaul tepung gandum, susu pekat, marjerin dan garam sampai tak berketul2. (guna tgn lagi puas kot tapi pastikan tgn betul2 bersih taw)

3. lepas tu masukkan bancuhan yis tu dan uli tepung smp jadi "doh".

4. Biarkan doh dalam 30 minit. Nanti die akan naik 2x ganda. Kalau boleh tutup bekas tu dgn kain bersih.

5. Lepas tu, uli balik "doh" tu dalam 15 minit tapi sapu sikit tepung kt tgn. Sebelum tu tabur tepung gandum kt atas dulang utk letak "doh2" kecil nnt. Buat "doh" kecil2 ikut la besar mane yg suka. Buat sampai habis dan susun atas dulang.

6. Then, amik "doh" ikut turutan dari awal td dan letak sambal ikut bnyak mane yg suka.

7. Cara nk letak tu leperkan "doh" tu lepastu letak sambal kt tengah2. Then tarik keliling tu dan kuncupkan balik. jangan letak terlampau bnyak sambal takut nnt "bocor". contoh mcm kt gmb bwh ni.


8.Buat sampai habis. Kemudian panaskan minyak dalam kuali. Goreng terus pau tadi sampai kuning keemas-emasan. Pastikan api sederhana je utk pastikan bahagian dalam masak dan luar tak gelap sgt.

9.SIAP!! Senang je kan.. yg sambal ikan bilis tu pandai buat kan.kalau blh buat pedas2 sikit br sedap. hehe. So, sape2 yg nk sgt resepi tu buat ptg ni jgk taw!! hehe.

p/s: "doh" ni jgk boleh buat donut. kalau nk jadikan donut, bentukkan "doh" ikut kesukaan sendiri.lepastu nnt lepas goreng, golekkan dengan gula halus. tadaaa.

ni contoh yg dh siap goreng. tp gelap sikit sbb terbiar lama dlm kuali..hehe

SELAMAT MENCUBA! 
^.*

Wednesday, 10 July 2013

Ep1: what i love to wear

Assalamualaikum...

Sebelum ape2 lynda nk ucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramdhan yg mulia ni. Alhamdulillah kali ni first ramadhan sebagai isteri. hehe. terasa besar sgt tanggungjawab tuh sbb dok pk nk masak ape berbuka, waktu sahur lg. huhu. :P

okay, quick update kali ni lynda nk share serba sedikit daily outfit yg lynda selesa pakai.simple2 je hokayy.;)


ni lynda jz pakai simple kemeja dari H&M (below RM60) dan denim skirt ni tempah dari sorg akak. lynda suka pakai denim skirt ni sbb sgt selesa tapi padankan dgn mcm2 tops. samada tops tu biarkan keluar or blh jgk tight-in dlm skirt ikut keselesaan la. Insya allah lynda akan keluarkan collection utk kain jenis denim ni sbg skirt dan pallazo under brand HER by Lyndaroslan . Shawl Tasleem of course la koleksi HER by Lyndaroslan bersaiz lebar, sng nk gayakan mcm2 gaya  ;)



Dress hijau ni lynda beli kt Zawara. Sangat selesa dan murah jgk! Dress ni best sbb blh pakai santai, pakai pegi kenduri pn boleh sbb sopan dan blh jgk pakai pegi event klw korang pandai mix n match!hehe. Shawl pulak of course la dari HER by Lyndaroslan (klw owner xpakai tdung sndr mmg nk kena lah kn). :P



kalau pegi tmpt2 peranginan jz utk mkn angin je, lynda lg selesa pakai bottom yg selalu org guna pegi jogging tu je. selesa!hehe. bj pulak jz pakai shirt n cardigan. simple! ;)



okay ni salah satu contoh lynda gayakan denim skirt utk ke majlis formal sikit. so, dgn 1 jenis skirt je kte boleh gayakan mcm2 gaya kan. jimat!hehe


pic yg atas ni pun lynda pakai denim skirt yg sama cuma digayakan dgn kimono blouse dari Ammara Boutique. Wide shawl from HER by Lyndaroslan. :)

okay setakat ni dulu lynda share beberapa contoh gaya simple dari lynda yg comot ni. hehe. Ada byk lagi nk share tp save dulu yg lain2 yea.hehe. btw, lynda bkn pandai sgt pun nk berfesyen ni. juz pakai ape yg rse selesa je. Kalau kita terlalu nak ikut fesyen orang tapi kita sendiri rasa tak selesa pun tak guna jgk kan sbb nanti akan mempengaruhi level confident kte jgk.huhu.

*esok 11hb genap 2 bulan jd isteri.ngeeee... ;)

assalamualaikum.....kita jumpa lagi hokayyyy ;)))

Sunday, 16 June 2013

Sharing : The best supplement... SHaklee!

Assalamualaikum...

Harini lynda nak share something. Before ni ramai yg tanya ape yg lynda amalkan utk jaga kesihatan dalaman bdn dan juga kulit (walaupun kadang2 akan timbul sikit jerawat atas faktor perubahan hormon yg normal) tapi lepas tu sekejap je kesan akan hilang.


So, sebenarnya lynda amalkan minum ESP (energizing soy protein), vit B Complex dan vit E complex setiap hari. Lynda dh amalkan hampir 9 bulan dan sgt2 berpuas hati. So, kt bawah ni lynda share sikit info dan kebaikan tentang ESP ni. Info ni share dari distributer2 shaklee yg lain dan berdasarkan testimoni2 customer. :)


ESP (energizing soy protein) Shaklee


Apakah Energizing Soy Protein? 

Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Tahu kan, asas tubuh kita adalah sel. Dari sel ini akan membentuk organ, dan akhirnya membentuk sistem tubuh kita.

Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar.

Selain soya, protein boleh diperolehi daripada daging, ikan dan telur.

Apakah Beza ESP (singkatan bagi Energizing Soy Protein) dengan sumber protein lain?

Sumber protein lain mempunyai banyak side effect jika diambil dalam kuantiti yang banyak.Contohnya, daging jika diambil dengan kuantiti banyak akan berpotensi menaikkan kolestrol dalam badan kerana kandungan lemaknya. Ikan mengandungi merkuri terutama ikan dari jenis yang besar. Telur juga mengandungi kolesterol yang tinggi jika diambil dengan banyak.

Apa beza ESP dengan minuman soya jenis lain?

Protein adalah zat yang tidak tahan panas, kepanasan akan merosakkan elemen protein. Kebanyakan air soya di pasaran, meskipun yang dibuat sendiri akan melalui proses dimana soya2 ini dimasak dalam suhu tinggi dan ini akan merosakkan kandungan protein di dalamnya.

ESP tidak melalui proses tersebut dan kandungan protein di dalamnya terpelihara.

Siapa yang patut mengambil ESP?

Dicadangkan kepada semua kerana ia adalah asas pembentukan badan kita. Namun kepada golongan2 di bawah adalah lebih utama untuk mengambil ESP.
  1. Mereka yang sentiasa sibuk
  2. Mereka yang selalu berasa letih
  3. Ibu mengandung
  4. Ibu yang menyusukan anak
Apakah kebaikan ESP selain membina sel?

Antara kebaikan ESP ialah:
  1. Membekalkan tenaga
  2. Memberikan rasa kenyang
  3. Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
  4. Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
  5. Membanyakkan susu badan
Fakta tentang ESP
  1. Tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna, perasa dan pemanis
  2. Tidak boleh dibancuh dengan air panas kerana ini akan merosakkan protein
  3. Sesuai untuk diambil oleh seisi keluarga


Okay, now lynda nk share set2 shaklee yg sgt recommended utk korg consume. Semua set ni consume selama 4 bulan. Jimat sgt2!

1. Set skincare (Vit B Complex, Vit E Complex dan ESP) -
: kulit yg cantik/cerah dan kelihatan lebih natural. Set ni plg ramai customer suka dan bg feedback yg memberangsangkan sbb kulit lebih halus dan lembut dgn penggunaan secara konsisten. Pori2 muka pun akan mengecil dan kulit kelihatan bermaya dan berseri2. 

2. Set kesuburan ( Vit B Complex, ESP dan GLA)
:set basic utk mereka yg ikhtiar utk hamil. If ada budget lebih boleh consume full set. 70% Berjaya hamil dgn izin Allah. :)

3.  Set Breastfeeding ( Vit B complex, vitalea, Alfalfa, ESP dan Ostematrix)
: set ni bagus sbg milk booster iaitu memperbanyakkan lagi susu ibu. selain tu ianya bagus utk mengembalikan payudara kembali anjal. ;)

4. Set Berpantang (Vit B Complex, vitalea, zinc, alfalfa, ESP dan Ostematrix)
: set ni utk mengembalikan bentuk badan selepas bersalin samada secara normal/pembedahan. bagi ibu yg tak menyusukan anak, blh gantikan ESP dgn cinch shake. 

info credit CPM Honey Nurhaliza (my kakak ipar.hehe) 






p/s: Bagi yg berminat utk consume Shaklee samada utk ambil mengikut set atau secara berasingan, boleh email ke lyndaroslan88@gmail.com.
 Lynda akn bg BEST PRICE dan akan guide cara penggunaan sekali. :)

Friday, 14 June 2013

New Blog. New Life. New Story.

Assalamualaikum....
Finally lynda buat jugak blog baru! yeay!! lepas nih boleh merepek meraban meroyan kt sini. Korang takyah baca dah blog si Aizul Marcello dah! huahuahua *gelak kejam si isteri. So, sape2 yg before ni asyik tanya "blog akak ape yea?", "akak xde blog ke", so nahhhh hakakkkk lynda dh buat dh ni.

Masa zaman muda mudi dulu mmg dh ada blog. Time tu mmg tgh femes giler blog2 ni. Fatin Liyana, Irine Nadia, Aizul Marcello, "haa?? aizul marcello?? sape Aizul Marcello?? tak kuasa nk amek taw" ni ayat 2 tahun lepas masa membe2 yg aktif berbelog ni dok sebut2 nama mamat ni. Sekarang dh jadi laki kau wahai Puan Lynda Roslan. hikhok. Jodoh di tangan Allah. ;)

dress nikah from the superb designer Ammara Boutique :)

my hubby. ngeeeeeeeeee



dress sanding by the awesome boutique Renjis Boutique 

family tercinta. nyawa. :)
haa...skrg br kau taw yea lynda sape tu Aizul Marcello!! Kadang2 bila teringat balik mesti gelak sorang2 sambil sepak2 muka sendiri caya ke xcaya ni. hewhewhew. Btw, semua pic gojes ni oleh membe seDiploma dulu incik Shahrul Idaham, or pegi kat fb page die klw nk tgk lg byk pic yg awesome Photophenomgraphy Studio .

Okay done bab2 kawen ni, nanti lynda citer life baru sbg isteri kt entry lain pulak yea.

Btw, kepada yg dh taw skrg ni lynda buat Online Hijab butik dgn suami, Her By Lyndaroslan . So, sendiri jd model, suami sendiri jd photoG, sendiri reply order, sendiri lipat tudung, sendiri packing tudung. fuhh!! masa2 tertentu je Admin yg akn amik alih. So, sape2 yg dh bosan asek dok ulang pakai tudung yg sama je, jom order tudung kt Website HerbyLyndaroslan .


 our label :)



 Teaser! Eid Mubarak Collections is coming to you very2 soon!! :)





haaahh!! baru citer sikit dh mengah dh ni. al maklumlah dh berzaman tinggalkan keroja2 gini. :P
So, kiter skip ke citer2 sampingan dulu lah ye dakk. Bagi sape yg perasan, lynda adalah Duta Ronasutra bersama pelakon hebat jelita Vanidah Imran sejak hujung tahun lepas. FYI, lynda mmg gunakan produk Ronasutra sejak sebelum jd duta lagi sbb mak mmg pakai bedak die. Serius tip top! Utk mekap photoshoot pon boleh guna jgk. ;)

cantik gila kak Vee ni even mekap natural jek. Jelessss. sobs.


Actly tadi mcm byk je idea nk meroyan dalam ni. Lepas sidai kain baju yg berlonggok2 basuh tadi, hormon mak2 terus naik mendadak. hilang dh idea gila2 td. pfftttt. :P

So, agak2 kita boleh sambung citer lagi kt next entry pulak yea. Kesian kt hakak kau ni baru ada 2 entry je. Kalau boleh nk buat satu ayat satu entry. Biar berderet2 list post umpama blogger senior! ahaks!

babai nak masak utk dinner kejap lagi....assalamualaikum. ;)